πΉπΉBerita GembiraπΉπΉ
Β
πΉπΉMa Sya AllahπΉπΉ
Β
Assalamualaikum wbt tuan puan yang mulia, berikut adalah nama Huffaz terbaharu daripada MUST :
π1. Muhammad Farhan bin Rosli
π2. Rahmat Najli bin Abd Hanan
π3. Muhammad Nuruddin bin Azman
π4. Muhammad Aqil Asytar bin Mohd Patri
π5. Ahmad Faris Aiman bin Azmiruddin
π6. Muhammad Danish Hakim bin Mohd Nurhakim
π7. Arif Lutfillah bin Zahari
π8. Abdullah Naeem bin Mohd Sanusi
π9. Muhammad Aliff Aqil bin Azman
π10. Muhammad Firas Aliyan bin Mohd Fuad
π11. Ahmad Haziq bin Badrol Hisham
π12. Muhammad Saifullah bin Sharuddin
Β
Kami menghadap kepada Allah SWT, bersyukur kepadanya walaupun sentiasa tidak mencukupi dengan kesyukuran yang diberikan kepadaNya atas segala nikmat yang agung. Tiada keistimewaan yang lebih baik melainkan ini, sungguh nikmatNya begitu banyak tidak terkira. Dikurniakan kepada pelajar-pelajar huffaz di atas dengan berkat kesabaran, kejujuran niat mereka, usaha siang dan malam dalam menghafaz Al-Quran lalu diberikan kejayaan menghafal kitabullah dengan pertolongan dan inayah dariNya. Syukur kepada Allah atas perkara tersebut, oleh itu kami suka untuk maklumkan kepada kalian berita gembira ini supaya kita menambahkan kesyukuran kepada Allah serta sokongan yang tidak berbelah bahagi dari pihak tuan puan dari segi material mahupun maknawi sebagaimana firman Allah SWT :-
Β
βDemi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.β (surah Ibrahim ayat 7)
Β
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam : Sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia nescaya dia tidak bersyukur kepada Allah
Β
Dari titik ini, kami mengucapkan kesyukuran yang tinggi kepada para pelajar huffaz di atas dan kami mendoakan supaya disempurnakan nikmat ini kepada mereka dan tidak lupa kepada semua yang berdiri bersama kami sehingga hari ini, jazahumullahu khaira.
Β
Seterusnya kami mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada pihak Ahli Lembaga Pengelola, semua staf dan ibu bapa. Jika perkara ini membawa kepada kebaikan maka sesungguhnya ia menunjukkan benarnya khidmat pihak terdahulu dan sekarang serta menyatukan saf kita pada jalan ini. Semoga Allah memberikan kejayaan yang berterusan dalam berkhidmat kepada Al-Quran dan diterima segala amalan kita.
Β
Dengan nama saya mewakili Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Jalaluddin yang dihormati, Pengerusi Sekretariat Tahfiz, Tuan Haji Mohammad Zuki bin Wan Abdullah yang dihormati selaku Timbalan Pengerusi, Puan Hajjah Norbaya, Puan Azizah, Al-Fadhil Ust Dato Haji Mohd Khalid bin Isa An-Nadwi yang dihormati dan seluruh ahli Lembaga Pengelola mengucapkan tahniah ke atas mereka dan keluarga mereka.
Β
Jazakumullahu khairan kathira dan terima kasih
Β
Β
Pihak Pentadbiran
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz