![9WhatsApp Image 2016-08-21 at 10.57.22](https://i0.wp.com/must4u.com.my/wp-content/uploads/2016/08/9WhatsApp-Image-2016-08-21-at-10.57.22-e1471920073948-300x136.jpeg?resize=300%2C136)
21 Ogos 2016, Ahad – Alhamdulillah, Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) sekali lagi berjaya menganjurkan program temuduga ‘Hafiz To Be’ bagi pengambilan pelajar baru sesi September 2016/2017.
Program ini mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa memandangkan tempat yang begitu terhad dan suasana pembelajaran yang kondusif.
Peserta yang mengikuti Hafiz To Be ini berpeluang untuk mengasah bakat yang terpendam, menguji ketahanan hafazan serta diajar teknik dan cara hafazan yang berkesan. Peserta tidak hanya didedahkan dengan 1 teknik sahaja bahkan pelbagai teknik lain melihat kepada keunikan yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi dan turut sama menjayakan program ini. Semoga mereka yang terpilih menjadi Al-Hafiz yang berkualiti dan berakhlak mulia, manakala yang tidak terpilih pula berjaya dalam segala bidang yang diceburi.
Jazakumullahu khairan kathira.