BERITA GEMBIRA
Assalamualaikum wbt tuan puan yang dihormati sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Allah SWT telah mengurniakan kurniaanNya kepada kami dengan khatamnya hafazan Al-Hafiz yang ke 63 pada 3 September 2021 sempena bulan Muharram ini, pelajar tersebut ialah :
MUHAMMAD HAIQAL BIN AZRUL NIZAM
Muhammad Haiqal berjaya menamatkan hafazan dalam masa 2 tahun 11 bulan 3 hari (selepas Yuzune) dan sekarang sedang membuat ulangan hafazan.
Oleh itu, pada kesempatan emas ini kami atas nama Pihak Pentadbiran MUST dan Lembaga Pengelola MUST mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan kepada keluarga mereka. Bergembiralah atas nikmat ini, semoga Allah menjadikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat kepada mereka dan kita semua di hari akhirat serta menjadikan Al-Quran hujah bagi mereka dan bukan ke atas mereka. Begitu juga ucapan terima kasih kepada ustaz mereka dan semua yang menyumbang bagi pembentukan generasi Al-Quran.
Akhirnya kami memohon doa soleh kepada mereka dan kami serta semua pelajar agar mereka dapat melaksanakan amanah sebagaimana yang diredhai Allah.
Jazakumullahu khaira
Pihak Pentadbiran
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz