Pendaftaran Temuduga Pelajar Baru Sesi 2017/2018
~HAFIZ TO BE 2017~
Tarikh Temuduga : 4 & 5 November 2017 (2D1N)
Masa : 9 pagi
Yuran : RM50/pax
Tarikh tutup Pendaftaran : 22 Oktober 2017
KEUNIKAN SISTEM HAFAZAN OTTOMAN:
1. Pemantapan tajwid adalah pra- syarat hafazan.
2. Hafazan yang pantas, mantap dan kekal. (Tempoh 2 tahun)
3. Teknik hafazan yang sistematik, ceria dan efektif.
4. Penekanan serentak kepada hafazan dan pembinaan akhlak.
5. Nisbah guru dengan pelajar yang kecil. (10 orang per kelas)
6. Tahfiz sepenuh masa.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
1. Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
2. Berumur dari 12 hingga 14 tahun.
3. Boleh membaca Al-Quran serta tajwid ,makhraj dan sifat huruf yang betul.
4. Boleh membaca/menulis rumi dan jawi.
5. Mempunyai minat yang mendalam dan keinginan yang tinggi untuk menghafal Al-Quran.
6. Mempunyai daya ingatan yang baik.
7. Mempunyai akhlak yang bagus dan terpuji.
8. Bersedia mengikuti peraturan yang ditetapkan.
9. Sihat mental dan fizikal .
10. Lulus temuduga bagi pelajar dan ibubapa
Sila sahkan pendaftaran dengan pembayaran yuran ‘Hafiz To Be 2017’ ke akaun berikut :
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz Sdn. Bhd.
CIMB : 8602009388
Sila sertakan bukti pembayaran ke :
mutahfiz@gmail.com atau
Whatsapp +601115213259
![](https://i0.wp.com/must4u.com.my/wp-content/uploads/2017/09/983942_106112326603100_5960903481267197276_n.jpg?resize=300%2C146)
![](https://i0.wp.com/must4u.com.my/wp-content/uploads/2017/09/20293016_1451008205019675_1753937689549134398_n.jpg?resize=300%2C200)
![](https://i0.wp.com/must4u.com.my/wp-content/uploads/2017/09/DSC02879.jpg?resize=300%2C169)
assalamualaikum,
Saya berminat untuk menghantar anak saya untuk belajar dan menghafaz al-quran. Anak saya kini berumur 8 tahun dan bersekolah di sekolah integrasi bangi. Matlamat saya ialah jika diizinkan Allah saya mahu dia dapat menjadi seorang “HAFIZ” dan juga tidak ketinggalan dalam bidang akedemik. Saya amat berterima kasih kepada pihak MUST sekiranya dapat berkongsi dan membantu saya cara dan jalan terbaik supaya saya dapat membantu anak saya berjaya di kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.
Soalan saya:-
1. Adakah di MUST hanya fokus menghafaz al-quran sahaja?
2. Berapakah yuran bulanan atau tahunan? Adakah dibayar secara bulanan atau terus setahun?
Saya mohon maaf salah silap dengan soalan-soalan saya.
Terima kasih atas bantuan.
Aida
Waalaikumussalam wbt puan,
Terima kasih atas minat yang puan tunjukkan.
Berkenaan soalan puan di atas :
1. MUST adalah sekolah tahfiz sepenuh masa dan tiada subjek akademik disediakan kecuali subjek Akhlak, Sirah, Aqidah dan Fiqh bagi pelajar Yuzune
2. Yuran pendaftaran RM1900+/- (termasuk yuran tahunan, yuran semester dab yuran bulan pertama)
Yuran bulanan RM600 (termasuk yuran pembelajaran, makan minum, asrama dan dobi)
Salam.anak say berumur 15 tahun,dia berminat sgt nak belajar di MUST,adakah dia layak
Waalaikumussalam wbt puan,
Mohon maaf kerana kami hanya menerima pelajar dari umur 12 hingga 14 tahun sahaja.
Assalamualaikum, Boleh jelaskan hala tuju pelajar selepas khatam Al-Quran.
Waalaikumussalam wbt puan,
Selepas pelajar menamatkan hafazan Al-Quran di sini dengan lancar dan baik, kami akan menghantar mereka ke Mekke Kuran Kursu, Isparta Turki untuk mengikuti peperiksaan di bawah Kementerian Agama Islam Turki. Selepas itu pelajar boleh mengikuti fast track SPM di mana-mana institusi yang menyediakan untuk membolehkan mereka memasuki universiti dan meneruskan pengajian.
assalamualaikum, masih boleh untuk saya mendaftar bg anak saya yang akan berumur 13 tahun pada bulan oktober ini?
Waalaikumussalam wbt, boleh tuan. Kami akan membuka pendaftaran untuk temuduga pada bulan Sep dan Okt tahun ini. Temuduga pula akan dijalankan pada bulan Nov nanti in sya Allah.
assalamualaikum..klu anak sy mmg dari aliran tahfiz tp nk sambung kat sini bole ke? umur anak saya 16 thn.
Waalaikumussalam wbt puan, mohon maaf kerana kami hanya menerima pelajar berumur 12 hingga 14 tahun sahaja meskipun pernah belajar di sekolah tahfiz lain.
Assalamualaikum,masih terima lagi tak kemasukan pelajar 2018 yang berumur 12 tahun yang memng belajar di tahfiz?
Waalaikumussalam wbt, boleh hubungi kami terlebih dahulu puan
Assalamualaikum nak tanya..pembelajaran di turkey ditanggung kerajaan Turkey atau pembiayaan sendiri
Waalaikumussalam wbt puan,
Ibu bapa perlu menanggung kos urusan visa, tiket penerbangan, wang saku, uniform dan beberapa perkara lain. Adapun tempat tinggal, makan minum dan pembelajaran adalah di bawah tanggungan Mekke Kuran Kursu.
assalamualaikum.
adakah peluang utk anak saya belajar di turki utk syahadah. Umur 19. Khatam quran. Sedang mengikuti daurah islamiah di Kolej Pengajian Islam Johor. Sedang menunggu keputusan spm 2018. Anak saya sgt berharap agar dapat meneruskan hafazan dan syahadah di turki.