PENGENALAN
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) bermula dengan cetusan ilham Rakan Muslim Desa Putra (RMDP) iaitu komuniti Kondominium Desa Putra, Wangsa Maju. RMDP telah bersepakat untuk menggunakan sistem hafazan Ottoman Turki dan berkolaborasi bersama Mekke Kuran Kursu, Isparta, Turki. MUST didaftarkan pada 17hb Jun 2014 dan operasi sekolah bermula secara rasmi pada 19hb Januari 2015.
Bermula tahun 2014, Mekke Kur'an Kursu telah melatih kakitangan MUST, meminjamkan tenaga mahir ke Malaysia serta menempat dan menguruskan peperiksaan pelajar-pelajar MUST di Turki.
Sistem pelajaran di MUST dirancang agar pelajar boleh menamatkan hafazan dalam masa lebih-kurang 2 tahun dan lulus ujian syahadah diTurki dalam masa 6 bulan seterusnya. Kemudian untuk 2 tahun berikutnya pelajar digalakkan untuk meneruskan pelajaran akademik untuk persediaan peperiksaan SPM.
Berdasarkan prestasi baik setakat ini, MUST telah menetapkan matlamat baru iaitu untuk mengeluarkan 30-50 hafiz setahun bermula Tahun 2020. Untuk mencapai cita-cita ini maka MUST telah membeli sebidang tanah seluas 3 ekar di Sungai Merab untuk membina sebuah komplek moden dan lengkap yang dijangka siap pada 2019. Keseluruhan kos pembangunan Komplek MUST ini yang merangkumi kos tanah, bangunan akademik, asrama, pejabat, surau dan rumah kakitangan dijangka mencecah RM6 juta.
“BERSAMA MEMBINA GENERASI QUR’ANI”
No. Pendaftaran JAKIM & JAIS : BZH9014
No. Pendaftaran SSM : 1098008-X
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
- Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan.
- Berumur dari 12 hingga 15 tahun.
- Boleh membaca Al-Quran serta tajwid ,makhraj dan sifat huruf yang betul.
- Boleh membaca/menulis rumi dan jawi.
- Mempunyai minat yang mendalam dan keinginan yang tinggi untuk menghafal Al-Quran.
- Mempunyai daya ingatan yang baik.
- Mempunyai akhlak yang bagus dan terpuji.
- Bersedia mengikuti peraturan yang ditetapkan.
- Sihat mental dan fizikal .
- Lulus temuduga bagi pelajar dan ibu bapa