Majlis Bacaan Yasin dan Selawat

September 29, 2017 mutahfiz No comments exist

Assalamualaikum wbt tuan puan yang mulia,

Adalah dimaklumkan bahawa kami telah memuliakan beberapa pelajar yang sudah menyelesaikan tahdhir lesson mereka untuk esok dengan menyertai Majlis Bacaan Surah Yasin dan Selawat atas nama Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz dengan diiringi Ust Mohammed Najib Al-Hafiz yang diadakan semalam, 28 Sept 2017 (Khamis).

Alhamdulillah, para pelajar berasa sangat tenang dengan acara ini. Matlamat kami adalah untuk memuliakan mereka serta memberikan semangat kepada pelajar-pelajar lain supaya berlumba-lumba untuk menghantar lesson mereka. Walau apapun, Allah jualah yang memberikan kejayaan kepada kita semua.

Jazakumullahu khaira dan setinggi-tinggi terima kasih serta penghargaan daripada kami.

Kami berharap untuk membina generasi yang mencintai Al-Quran dan berkhidmat untuknya in sya Allah.

 

UST ABDULLAH BIN MUHAMMED EMIN SANFO
Pengetua,
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *