KEKOSONGAN JAWATAN GURU TAHFIZ / BELLETMEN (WARDEN) 

September 21, 2017 mutahfiz No comments exist

KEKOSONGAN JAWATAN GURU TAHFIZ / BELLETMEN (WARDEN)

A) Syarat-syarat dan kelayakan
Pemohon dikehendaki mengemukakan perkara-perkara berikut:-

1) RESUME
– Maklumat Diri (Berumur tidak kurang dari 25 tahun hingga 35 tahun, jantina lelaki sahaja)
– Menyatakan Bidang Pengkhususan, mempunyai sijil Hafiz, membawa Sijil-Sijil ASAL dan menyatakan Latar Belakang Pendidikan Terkini (Semasa sesi Temuduga).
– Menyatakan Pengalaman Mengajar.
– Menyediakan Gambar Berukuran Pasport – 3 keping.

2) SURAT SOKONGAN / TESTIMONI
3) Borang Permohonan Pekerjaan (Boleh didapati sebelum Sesi Temuduga)

B) Tambahan
1) Keupayaan Berbahasa Arab dan berpengalaman menjalankan aktiviti (ko-kurikulum merupakan suatu kelebihan)
2) SESI TEMUDUGA – Calon akan dipanggil setelah maklumat dipenuhi dan disemak oleh MUST

KRITERIA GURU TAHFIZ/BELLETMEN
1) Hendaklah seorang Hafiz, menguasai tajwid dan ikhlas dalam menjalankan tugasnya.
2) Hendaklah mempunyai pengalaman mengajar di sekolah tahfiz, mampu memberi nasihat, peringatan dan boleh memberikan petunjuk.
3) Hendaklah mampu menjadi qudwah dari sudut akhlak dan perbuatan serta berkemampuan menyelesaikan masalah pelajar.
4) Menjaga masa sepenuhnya terutama waktu bekerja tanpa kelewatan, kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
5) Sentiasa akur kepada arahan bertugas dan bekerjasama dengan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah.
6) Menjadikan kebersihan dan kebolehan menghidupkan suasana sebagai keutamaan (Contoh: mempunyai kebolehan menjadikan pelajar-pelajar sentiasa cergas).

Calon yang berkelayakan bolehlah menghantar maklumat di atas ke emel kami di mutahfiz@gmail.com selewat-lewatnya sebelum 1hb November 2017.

Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan ke 011-1521 3259 / 03-89125461

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *