Hafiz To Be 2017

September 7, 2017 mutahfiz 15 comments
Pendaftaran Temuduga Pelajar Baru Sesi 2017/2018
~HAFIZ TO BE 2017~
 
Tarikh Temuduga : 4 & 5 November 2017 (2D1N)
Masa : 9 pagi
Yuran : RM50/pax
Tarikh tutup Pendaftaran : 22 Oktober 2017
 
KEUNIKAN SISTEM HAFAZAN OTTOMAN:
1. Pemantapan tajwid adalah pra- syarat hafazan.
2. Hafazan yang pantas, mantap dan kekal. (Tempoh 2 tahun)
3. Teknik hafazan yang sistematik, ceria dan efektif.
4. Penekanan serentak kepada hafazan dan pembinaan akhlak.
5. Nisbah guru dengan pelajar yang kecil. (10 orang per kelas)
6. Tahfiz sepenuh masa.
 
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
1. Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
2. Berumur dari 12 hingga 14 tahun.
3. Boleh membaca Al-Quran serta tajwid ,makhraj dan sifat huruf yang betul.
4. Boleh membaca/menulis rumi dan jawi.
5. Mempunyai minat yang mendalam dan keinginan yang tinggi untuk menghafal Al-Quran.
6. Mempunyai daya ingatan yang baik.
7. Mempunyai akhlak yang bagus dan terpuji.
8. Bersedia mengikuti peraturan yang ditetapkan.
9. Sihat mental dan fizikal .
10. Lulus temuduga bagi pelajar dan ibubapa
 
 
 
Sila sahkan pendaftaran dengan pembayaran yuran ‘Hafiz To Be 2017’ ke akaun berikut :
 
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz Sdn. Bhd.
CIMB : 8602009388
 
Sila sertakan bukti pembayaran ke :
mutahfiz@gmail.com atau
Whatsapp +601115213259
 
 

15 Comments on “Hafiz To Be 2017

  1. assalamualaikum,

    Saya berminat untuk menghantar anak saya untuk belajar dan menghafaz al-quran. Anak saya kini berumur 8 tahun dan bersekolah di sekolah integrasi bangi. Matlamat saya ialah jika diizinkan Allah saya mahu dia dapat menjadi seorang “HAFIZ” dan juga tidak ketinggalan dalam bidang akedemik. Saya amat berterima kasih kepada pihak MUST sekiranya dapat berkongsi dan membantu saya cara dan jalan terbaik supaya saya dapat membantu anak saya berjaya di kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.

    Soalan saya:-
    1. Adakah di MUST hanya fokus menghafaz al-quran sahaja?
    2. Berapakah yuran bulanan atau tahunan? Adakah dibayar secara bulanan atau terus setahun?

    Saya mohon maaf salah silap dengan soalan-soalan saya.

    Terima kasih atas bantuan.

    Aida

    1. Waalaikumussalam wbt puan,

      Terima kasih atas minat yang puan tunjukkan.

      Berkenaan soalan puan di atas :
      1. MUST adalah sekolah tahfiz sepenuh masa dan tiada subjek akademik disediakan kecuali subjek Akhlak, Sirah, Aqidah dan Fiqh bagi pelajar Yuzune
      2. Yuran pendaftaran RM1900+/- (termasuk yuran tahunan, yuran semester dab yuran bulan pertama)

      Yuran bulanan RM600 (termasuk yuran pembelajaran, makan minum, asrama dan dobi)

    1. Waalaikumussalam wbt puan,

      Selepas pelajar menamatkan hafazan Al-Quran di sini dengan lancar dan baik, kami akan menghantar mereka ke Mekke Kuran Kursu, Isparta Turki untuk mengikuti peperiksaan di bawah Kementerian Agama Islam Turki. Selepas itu pelajar boleh mengikuti fast track SPM di mana-mana institusi yang menyediakan untuk membolehkan mereka memasuki universiti dan meneruskan pengajian.

    1. Waalaikumussalam wbt, boleh tuan. Kami akan membuka pendaftaran untuk temuduga pada bulan Sep dan Okt tahun ini. Temuduga pula akan dijalankan pada bulan Nov nanti in sya Allah.

    1. Waalaikumussalam wbt puan, mohon maaf kerana kami hanya menerima pelajar berumur 12 hingga 14 tahun sahaja meskipun pernah belajar di sekolah tahfiz lain.

    1. Waalaikumussalam wbt puan,

      Ibu bapa perlu menanggung kos urusan visa, tiket penerbangan, wang saku, uniform dan beberapa perkara lain. Adapun tempat tinggal, makan minum dan pembelajaran adalah di bawah tanggungan Mekke Kuran Kursu.

  2. assalamualaikum.

    adakah peluang utk anak saya belajar di turki utk syahadah. Umur 19. Khatam quran. Sedang mengikuti daurah islamiah di Kolej Pengajian Islam Johor. Sedang menunggu keputusan spm 2018. Anak saya sgt berharap agar dapat meneruskan hafazan dan syahadah di turki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *