HAFIZ TO BE – 2

August 23, 2016 mutahfiz No comments exist
9WhatsApp Image 2016-08-21 at 10.57.22
Peserta bergambar bersama guru dan staf MUST

21 Ogos 2016, Ahad – Alhamdulillah, Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) sekali lagi berjaya menganjurkan program temuduga ‘Hafiz To Be’ bagi pengambilan pelajar baru sesi September 2016/2017.

Program ini mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa memandangkan tempat yang begitu terhad dan suasana pembelajaran yang kondusif.

Peserta yang mengikuti Hafiz To Be ini berpeluang untuk mengasah bakat yang terpendam, menguji ketahanan hafazan serta diajar teknik dan cara hafazan yang berkesan. Peserta tidak hanya didedahkan dengan 1 teknik sahaja bahkan pelbagai teknik lain melihat kepada keunikan yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi dan turut sama menjayakan program ini. Semoga mereka yang terpilih menjadi Al-Hafiz yang berkualiti dan berakhlak mulia, manakala yang tidak terpilih pula berjaya dalam segala bidang yang diceburi.

Jazakumullahu khairan kathira.

 

1WhatsApp Image 2016-08-20 at 10.04.16 WhatsApp Image 2016-08-20 at 10.00.12 WhatsApp Image 2016-08-20 at 13.57.19 WhatsApp Image 2016-08-20 at 17.30.21 WhatsApp Image 2016-08-20 at 17.44.48

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *